Jumaat, 17 Ogos 2012

Latest Exhibition at MGTF USM







Pameran ini menampilkan 52 buah karya catan koleksi tetap Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia. Karya-karya ini dianggap penting dalam melakar sejarah seni halus & seni lukis negara sebagai sumber idea dalam menjana perkembangan seni lukis tanahair.

MGTF adalah sebuah institusi yang giat mengumpul karya-karya seniman besar Negara yang dihasilkan sejak tahun 1960-an dan 1970-an. Karya yang terlibat dalam pameran ini adalah hasil daripada pelukis ternama seperti Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Mohd Hoessin Enas, Dzulkifli Buyong, Zulkifli Mohd Dahlan, Seah Kim Joo, Cheong Soo Pieng, Ruzaika Omar Bassaree dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan