Rabu, 15 Jun 2022















 Salam kasih dan belas buat semua.


Koleksi himpunan karya seni Islam, artifak dan alatan sains Islam terpilih dari abad ke-18 hingga ke-20 dari seluruh dunia Islam telah dipertontonkan kepada umum oleh Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM dengan kerjasama Pusat Islam, USM di Masjid Al- Malik Khalid, USM.

Pameran bertema "IQRA’” ini merujuk kepada perkataan Iqra’ bermaksud 'Bacalah' iaitu wahyu Allah yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibrail. Ayat dengan makna dan nilai mendalam yang menyeru umat Nabi Muhammad agar membaca, mendapatkan ilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian manusia.
Sudah tiba masanya, sejarah perkembangan budaya Islam di dunia Melayu dihidupkan kembali dan wajar dikaji secara lebih mendalam bagi menyingkap kembali sejarah dominasi Islam.

Jemput semua ke pameran "IQRA', The Garden of Wisdom" yang sedang berlangsung di Masjid Al- Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM).

.
#MGTFbe
#MGTFbelas
#iqra
#thegardenofwisdom
#masjidALMALIKKHALIDusm
#masjidUSM

f • Mgtf Usm
t • 04-653 3261/4789/4788
f • 04-656 3531
e • mgtfusm@gmail.com
i • www.instagram.com/mgtfusm




Tiada ulasan:

Catat Ulasan