Isnin, 27 Julai 2015

Salam Takziah

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Roslan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham merupakan antara artis seramik yang hebat dan disegani. Beliau juga pernah mempamerkan dan menyumbangkan hasil karya seramik semasa pameran SELSIUS-USM INTERNATIONAL CERAMIC FESTIVAL 2014 di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM. Beliau juga dikenali dengan keperibadiannya yang mesra, merendah diri dan mudah disenangi juga membuatkan semua orang selesa bersama beliau. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi segala ujian dari Yang Maha Esa. Seluruh warga MGTF, USM mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Rabu, 15 Julai 2015

'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin'

Pengarah dan seluruh warga MGTF USM mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin'.
"Kosong Kosong"

MAKLUMAN:
MGTF akan ditutup pada 16 Julai 2015 (1pm) dan beroperasi semula pada 20 Julai 2015 (isnin).


Jumaat, 10 Julai 2015

MGTF Charity Tour


Program MGTF Charity Tour bersama golongan asnaf iaitu Encik Muhamad Lutfi bin Abdullah dan Makcik Aishah binti Rahmat dari Teluk Bahang. Mereka merupakan penerima sumbangan yang kedua dan ketiga daripada pihak Mgtf Usm pada 9 Julai 2015.