Isnin, 21 Januari 2013

SALAM TAKZIAH

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tuan Hj Mohd Fadzil Othman yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Terlalu banyak kenangan bersama beliau dengan seluruh warga MGTF, USM. Beliau banyak memberi sokongan setiap kali pameran dan aktiviti yang dianjurkan oleh MGTF, USM. Karya beliau juga turut disumbangkan dan merupakan antara koleksi SENI HALUS MGTF yang banyak mendapat perhatian dan pujian ramai tentang keunikan dan kehalusannya. Keperibadiannya yang mesra, merendah diri dan mudah disenangi juga membuatkan semua orang selesa bersama beliau. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi segala ujian dari Yang Maha Esa. Seluruh warga MGTF, USM mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan