‘Circle’ atau ‘mengelilingi’ mengambil konsep asas ke atas pemerhati yang perlu bergerak secara fizikal bagi menikmati karya seni halus tiga dimensi. Ini memerlukan pemerhati dalam keadaan aktif dan bersedia bagi menghadapi karya yang boleh melihat kedalaman sebenar. Kedalaman ini berdasarkan realiti, dan menambah impak fizikal keatas karya.
‘Circle’ menampilkan karya-karya terpilih koleksi tetap Muzium & Galeri Tuanku Fauziah antara tahun 1977 hingga 2010. Himpunan ini menampilkan penggiat seni seperti Khairul Azmir Shoib @ Meme, Haris Abadi Abdul Rahim, Elias Yamani Ismail, Al-Khuzairie Ali, Abd Latiff Ahmad Padzali, Fadly Sabran, Shafiq Ali’am, Liew Ting Chuang , Tan Hui Koon, Azmin Hussein, Maizul Affendy Baharudin, Raja Shahriman Raja Aziddin, Cai Ying, Umibaizurah Mahir, Mohd Fuad Arif, Syed Bakar Syed Salim, Chong Suet Lin, Abdul Haniff Mohd Noor dan Nor Azlia Ismail yang menggunakan pelbagai teknik, asas mahupun eksperimen bahan ke dalam pelbagai tema hasil dari pengamatan, pentafsiran, pemerhatian dan pengalaman yang berbeza-beza.
Turut sama di pamerkan karya dua dimensi antaranya adalah hasil Samsudin Abdul Wahab, Rahmat Harun, Redza Piyadasa, Joseph Tan, Nur Hanim Khairuddin, Shamsul Bahari Abd. Mutalib dan Chew Teng Beng bagi menimbulkan dialog antara karya tiga dan dua dimensi dari sudut tema dan asas-asas seni.
Muzium & Galeri Tuanku Fauziah turut sama menjadi pengumpul karya-karya penting di Malaysia dan menjadi sumber rujukan kepada para pelajar dan pensyarah universiti serta penyelidik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan