Khamis, 16 Mei 2013

'Selamat Hari Guru'





                                                                                       Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG
1979

Khamis, 9 Mei 2013

Currently Exhibition at MGTF, USM



‘Circle’ atau ‘mengelilingi’ mengambil konsep asas ke atas pemerhati yang perlu bergerak secara fizikal bagi menikmati karya seni halus  tiga dimensi. Ini memerlukan pemerhati dalam keadaan aktif dan bersedia bagi menghadapi karya yang boleh melihat kedalaman sebenar.  Kedalaman ini berdasarkan realiti, dan menambah impak fizikal keatas karya.

‘Circle’ menampilkan karya-karya terpilih koleksi tetap Muzium & Galeri Tuanku Fauziah antara tahun 1977 hingga 2010. Himpunan ini menampilkan penggiat seni seperti Khairul Azmir Shoib @ Meme, Haris Abadi Abdul Rahim, Elias Yamani Ismail, Al-Khuzairie Ali, Abd Latiff Ahmad Padzali, Fadly Sabran, Shafiq Ali’am, Liew Ting Chuang , Tan Hui Koon, Azmin Hussein, Maizul Affendy Baharudin, Raja Shahriman Raja Aziddin, Cai Ying, Umibaizurah Mahir, Mohd Fuad Arif, Syed Bakar Syed Salim, Chong Suet Lin, Abdul Haniff Mohd Noor dan Nor Azlia Ismail  yang menggunakan pelbagai teknik, asas mahupun eksperimen bahan ke dalam pelbagai tema hasil dari pengamatan, pentafsiran, pemerhatian dan pengalaman yang berbeza-beza.

Turut sama di pamerkan karya dua dimensi antaranya adalah hasil Samsudin Abdul Wahab, Rahmat Harun, Redza Piyadasa, Joseph Tan, Nur Hanim Khairuddin, Shamsul Bahari Abd. Mutalib dan Chew Teng Beng bagi menimbulkan dialog antara karya tiga dan dua dimensi dari sudut tema dan asas-asas seni.

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah turut sama menjadi pengumpul karya-karya penting di Malaysia dan menjadi sumber rujukan kepada para pelajar dan pensyarah universiti serta  penyelidik.  













'Our Current Exhibition'

Don't miss out our current exhibition - 'Circle' features selected works of the permanent collection of MGTF,USM from year 1977 to year 2010. This exhibition until 11 May 2013 (saturday).
 
 

Selasa, 30 April 2013

'Happy Labour Day !

MGTF USM wish everyone a 'Happy Labour Day !
WE will be closed tomorrow (1st May 2013). Enjoy your Holiday!

Selasa, 23 April 2013

Our Next Activities!

.All are invited to join us at Masjid Abdullah Fahim,Kepala Batas in conjunction with the 'SAMBUTAN HARI ASTRONOMI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2013' this Friday, 26 April 2013 from 9.00am till 10.00pm.


Many activities await you there!