Selasa, 9 Mac 2010

Muzium Dalam Taman

Muzium Dalam Taman. Demi Masa.. Salam buat penghulur sekalian semua.

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM merupakan antara muzium terawal seumpamanya dibuka di sebuah universiti awam tempatan. Ia juga merupakan sebuah muzium yang menggabungkan kedua-dua bidang sains-teknologi dan seni-budaya di bawah satu bumbung. Keseluruhan konsep MGTF ini menekankan imbangan antara akar warisan seni dengan seni moden dan kontemporari, sejarah sains dan teknologi serta cabaran pembangunan lestari untuk masa depan.

MGTF dikenali sebagai antara muzium yang memiliki khazanah serta warisan seni rupa moden Malaysia yang terpenting dan sangat berharga. Ia merumahkan beberapa karya penting oleh para pelukis perintis seni rupa moden Malaysia seperti Dato’ Hossein Enas, Dato’ Syed Ahmad Jamal, Dato’ Chuah Thean Teng, Latif Mohidin, Dzulkifli Buyong, Zulkifli Dahlan, dan ramai lagi. Koleksi ini diimbangi pula pameran-pameran sementara seni rupa kontemporari serta pameran sains dan teknologi yang interaktif dan menarik. MGTF juga menghimpunkan pelbagai koleksi artifak budaya terutama sekali yang berkaitan dengan bentuk-bentuk seni persembahan tradisional seperti Mak Yong, Gamelan dan Wayang Kulit. Koleksi ini terus bernafas dan dimasyarakatkan menerusi pelbagai aktiviti interaktif dalam bentuk bengkel, demonstrasi, persembahan, kursus elektif, dan syarahan.

Tersergam indah di tepian Bukit Minden sambil dihiasi pemandangan laut serta Jambatan Pulau Pinang, MGTF USM menyediakan pengalaman kunjungan yang sangat berharga untuk pengunjung.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan