Tahukah anda🤗 Kepada semua warga USM dan siapa yang pernah berkunjung ke USM pasti pernah melihat arca ini. Karya arca ini berada ditengah bulatan berhampiran Anjung Budi, Pusat Teknologi Pendidikan (PTPM) dan CIMB, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, telah direka dan disiapkan oleh seniman bernama Peter Gelencser. Beliau adalah seorang pengarca kelahiran Hungary dan berkerakyatan Australia. Beliau telah diterima berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang arca di Bahagian Seni Halus, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan pada tahun 1973. Idea dan usaha untuk menghasilkan arca bertajuk Transformation itu mula dilakukan pada tahun 1974 diatas persetujuan dan bantuan pihak universiti pada waktu itu. Pada awalnya, Peter Gelenscer sendiri telah berusaha untuk mendapatkan batu marmar yang berkualiti dari kawasan utara Malaysia untuk menghasilkan karya arca tersebut. Beliau akhirnya telah menemui batu marmar berkualiti di kawasan kuari pengeluaran batu marmar di daerah Baling, Kedah. Proses pengeluaran dan pemotongan batu marmar dalam saiz asalnya yang besar itu telah berjalan dalam beberapa ketika. Adakalanya beberapa orang pelajar dalam bidang seni halus di Universiti Sains Malaysia pada ketika itu, antaranya seperti Ismail Hashim, telah dijemput oleh Peter Gelenscer untuk sama-sama melihat proses pengeluaran batu tersebut dari kawasan asalnya. Akhirnya batu marmar tersebut telah berjaya dipotong dan dihantar ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Peter Gelenscer telah diberikan sebuah ruang studio sementara berupa sebuah gudang (bangunan tersebut telah dimusnahkan dan kini didirikan bangunan Pusat Pengajian Sains Matematik dan Sains Komputer), bagi menghasilkan sebuah karya arca dari batu marmar tersebut. Beberapa orang pembantu teknikal telah berkhidmat dibawah seliaan beliau bagi menghasilkan karya tersebut. Sumber Esei Prof. Madya Dr. Shafrizal Sahir Pensyarah Pusat Pengajian Seni ▫️▫️▫️ Peter Gelenser Tajuk: Transformation Tahun: 1975 Media: Marmar Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM #MGTFBe #MGTFBelas #BELASkoleksiMGTFUSM f • Mgtf Usm t • 04-653 3261/4789/4788 f • 04-656 3531 e • mgtfusm@gmail.com i • www.instagram.com/m
Rabu, 9 Jun 2021
TRANSFORMATION

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan